Popular Today

Jumaat, Oktober 16, 2020

Senarai Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri PN mengikut parti

3 Komen!!!
Di bawah adalah senarai menteri dan timbalan menteri mengikut parti-parti politik.


Ianya terdiri daripada 25 ahli parlimen PPBM, 18 ahli parlimen UMNO, 4 ahli parlimen MCA. 1 ahli parlimen MIC, 8 ahli parlimen PAS, 9 ahli parlimen GPS, 1 ahli parlimen PBRS, 1 ahli parlimen STAR dan 1 ahli parlimen PBS dan 2 menteri lantikan.

Lihat di bawah :

a. Ahli parlimen PPBM : 31 orang (21 + 10 kartel Azmin)

Menteri PPBM

1. PM Muhyiddin Yassin
2. Mohd Redzuan Md Yusof - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
3. Ronald Kiandee - Menteri Pertanian dan Industri Makanan
4. Saifuddin Abdullah - Menteri Komunikasi dan Multimedia
5. Mohd Radzi Md Jidin - Menteri Pendidikan
6. Hamzah Zainuddin - Menteri Dalam Negeri
7. Zuraida Kamaruddin - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
8. Azmin Ali - Perdagangan Antarabangsa dan Industri
9. Abd Latiff Ahmad - Menteri Pembangunan Luar Bandar
10. Rina Mohd Harun - Menteri Wanita dan Keluarga
11. Mustapha Mohammad - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Timbalan Menteri PPBM

1. Eddin Syazlee Shith
2. Willie Mongin
3. Ikhmal Hisham Abdul Aziz
4. Rosol Wahid
5. Ali Biju
6. Mas Ermieyati Samsudin
7. Santhara Kumar
8. Kamaruddin Jaffar
9. Dr Noor Azmi Ghazali
10. Mansor Othman
11. Jonathan Yassin
12. Shahruddin Md Salleh
13. Muslimin Yahya
14. Wan Ahmad Fayhsal


b. Ahli parlimen UMNO : 39 orang

Menteri UMNO

1. Hishammuddin Hussein - Menteri Luar Negeri
2. Ismail Sabri Yaakob - Menteri Pertahanan
3. Reezal Merican - Menteri Belia dan Sukan
4. Shamsul Anuar - Menteri Tenaga dan Sumber Asli
5. Annuar Musa - Menteri Wilayah Persekutuan
6. Khairy Jamaluddin - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
7. Dr Adham Baba - Menteri Kesihatan
8. Noraini Ahmad - Menteri Pengajian Tinggi
9. Halimah Sadique - Menteri Perpaduan Negara

Timbalan UMNO

1. Ismail Said
2. Mastura Yazid
3. Ahmad Hamzah
4. Zahidi Zainul
5. Ahmad Masrizal
6. Mohd Shahar
7. Ismail Abd Mutalib
8. Abdul Rahman Mohamad
9. Abdul Rahim Bakri


c. Ahli parlimen MCA : orang

Menteri MCA

1. Wee Ka Siong - Menteri Pengangkutan

Timbalan MCA

1. Wee Jeck Seng
2. Mah Hang Soon
3. Lim Ban Hong


d. Ahli parlimen MIC : orang

Menteri MIC

1. M Saravanan - Menteri Sumber Manusia


e. Ahli parlimen PAS : 18 orang

Menteri PAS

1. Takiyuddin Hassan - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
2. Tuan Ibrahim Tuan Man - Menteri Alam Sekitar
3. Mohd Khairuddin Aman Razali - Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Timbalan PAS

1. Ahmad Marzuk Shaary
2. Awang Hashim
3. Siti Zailah Mohd Yusoff
4. Che Abdullah Mat Nawi
5. Ahmad Amzad Hashim


f. Ahli parlimen GPS : 18 orang

Menteri GPS

1. Fadillah Yusof - Menteri Kerja Raya
2. Alexander Nanta Linggi - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
3. Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
4. Nancy Shukri - Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Timbalan GPS

1. Hanifah Hajar Taib
2. Hasbi Habibollah
3. Aaron Ago Dagang
4. Henry Sum Agong
5. Tiong King Sing


g. Ahli parlimen PBS : orang

Menteri PBS

1. Maximus Johnity Ongkili - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)


h. Ahli parlimen PBRS : 1 orang

Timbalan PBRS

1. Arthur Joseph Kurup


i. Ahli parlimen STAR : 1 orang

Timbalan STAR

1. Jeffrey G Kitingan


Menteri lantikan

1. Zafrul Tengku Abdul Aziz - Menteri Kewangan
2. Zulkifli Mohamad - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Rabu, Disember 18, 2019

PH catat sejarah dividen ASB paling buruk

3 Komen!!!

Tahniah PH, anda berjaya cipta rekod pemberian dividen ASB paling buruk 

Jumaat, Disember 13, 2019

Akibat pilih Peguam Negara daripada golongan kafir, undang-undang Malaysia kini huru-hara

1 Komen!!!
Tommy bersama sifunya pemimpin komunis Chin Peng, Pembunuh rakyat Malaysia.


Ramai macai PH puji bila PH lantik seorang kafir sebagai peguam negara.

Namun Tommy membuktikan kafir tetap kafir, tiada lebih pun hebatnya dan lagi teruk apabila undang-undang negara kini huru Hara akibat salah guna kuasa sesuka hati oleh peguamnya Negara.

Tiada lagi rule of law, yang ada hanyalah undang-undang rimba. 

Tindakan Tommy jelas merosakkan perundangan negara. Yang mana kroni PH walaupun pengganas LTTE , perogol, kaki dadah, rasuah, peliwat semuanya terlepas. undang-undang tidak tidak lagi terpakai kepada pemimpin dan ahli PH. Bukan itu sahaja, undang-undang Tommy mengikut warga kulit dan kaum.

Jika Melayu cepat sahaja dikenakan tindakan, tetapi jika bangsa lain walaupun melanggar budak-budak mereka tetap dilepas. Sehingga sekarang masih tiada lagi pendakwaan kes Adib walaupun disahkan ianya adalah kes jenayah.

Beginilah mati undang-undang negara di Malaysia di bawah telunjuk seorang kafir yang dilantik sebagai peguambela negara.

Akibat undi PH, penjawat awam lantikan baru bakal digelar kontraktor

0 Komen!!!
Tahniah kepada pengundi muda yang bercita-cita untuk menjadi salah seorang penjawat awam, tiada lagi lantikan tetap bermula tahun 2020.

Pastinya inilah yang mereka bangga bila memilih PH pada PRU 14 yang lalu bila bergelar sebagai kontraktor.

Tahniah anak muda.. 😂😂

Anwar akui PH gagal urus ekonomi negara

0 Komen!!!

Rabu, Ogos 02, 2017

DAP berbohong isu Air di Pulau Pinang?

9 Komen!!!

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) — Berikut kenyataan penuh Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berhubung kerajaan DAP Pulau Pinang.

Parti DAP perlu jujur kepada diri mereka dan dicabar untuk meminta pembatalan perjanjian penstruktruran air dengan Kerajaan Persekutuan jika mahu berterusan mendakwa berjaya mengurangkan hutang negeri.

1 Ogos 2017

1. Saya menyokong tindakan Gerakan yang mengambil inisiatif memfailkan saman fitnah terhadap Lim Guan Eng atas dakwaan berulang kali DAP kononnya kerajaan Barisan Nasional Pulau Pinang lalu telah menjual tanah pada harga RM1 untuk sekaki persegi.

2. DAP adalah pakar putar belit dan propaganda. Mereka tidak akan teragak-agak untuk mengulangi sesuatu tidak benar untuk mengelirukan pengundi.

3. Satu lagi putar belit yang tetap diulangi adalah kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang negeri sehingga 95 peratus ekoran usaha CAT mereka.

4. DAP juga berterusan mendakwa Kerajaan Persekutuan tidak membantu secara kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

5. Kedua-duanya adalah pembohongan dan perlu diperbetulkan.

6. Hakikat sebenar adalah 95 peratus pengurangan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang direalisasikan Kerajaan Persekutuan melalui penstrukturan perjanjian air pada 2011 di mana Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengubah hutang sedia ada Kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655.24 juta kepada bayaran ansuran RM14.56 juta setahun selama 45 tahun.

7. Melalui perjanjian yang sama, Kerajaan Persekutuan turut bersetuju untuk memberikan geran berjumlah RM1.2 bilion kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk memperbesarkan empangan Mengkuang, di sebalik fitnah DAP kononnya Kerajaan Persekutuan tidak membantu Pulau Pinang.

Sebahagian besar dari jumlah dana itu sudahpun disalurkan.

8. Kerajaan Persekutuan tidak mengamalkan diskriminasi terhadap negeri ditadbir pembangkang dan sudah menandatangani perjanjian penstrukturan air yang sama.

9. Selangor turut mendapat manfaat RM9.7 bilion dari pakej bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan yang ditandatangani pada 2015 manakala Kelantan menerima bantuan kewangan yang serupa pada 2016.

Bagaimanapun, hanya Kerajaan Pulau Pinang sahaja yang menggunakan bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk berbohong kepada rakyat.

10. Pada ketika negeri lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau memperdaya rakyat, hanya Kerajaan Pulau Pinang menyalahgunakan niat baik dan bantuan Kerajaan Persekutuan untuk meraih nama dan memperdaya rakyat.

11. Kerajaan Persekutuan akan terus mengotakan janji untuk membantu semua negeri dan tidak akan berganjak sehingga menggugat penstrukturan air di negeri-negeri.

12. Bagaimanapun, jika Kerajaan DAP Pulau Pinang masih lagi mahu mendakwa ia adalah usaha mereka dalam pengurangan hutang negeri dan menuduh Kerajaan Persekutuan tidak membantu Pulau Pinang, mereka seharusnya meminta Kerajaan Persekutuan untuk membatalkan perjanjian penstrukturan air 2011 agar dapat berlaku jujur kepada diri mereka sendiri dan rakyat.

13. Kerajaan Pulau Pinang kemudian boleh perolehi semula hutang RM655 juta untuk ditanggung kerajaan negeri dan membayar semula geran RM1.2 bilion kepada Kerajaan Persekutuan.

14. Biarpun dengan berbuat demikian, hutang kerajaan Pulau Pinang tidak lagi sebagaimana didakwa turun 95 peratus dan terendah di Malaysia malah meningkat tiga kali ganda, sekurang-kurangnya Kerajaan Pulau Pinang berpeluang untuk berlaku jujur kepada diri mereka sendiri.

15. Atau, DAP perlu berhenti membuat dakwaan terhadap pengurangan hutang negeri dan memohon maaf kepada rakyat kerana selama enam tahun mengulangi pembohongan ini.

Abdul Rahman Dahlan Pengarah, Komunikasi Strategik Barisan Nasional

— BERNAMA

Selasa, Disember 22, 2015

Anak Johor dah pupus untuk pimpin DAP Johor

0 Komen!!!


Parti DAP pada hakikatnya tidaklah sehebat dan seteguh mana. Mereka hanya dilihat kuat kerana kepelbagaian kerja menanm persepsi terhadap parti Gerakan dan MCA.

Pada zaman DAP kurang dikenali dan belum menawan Pulau Pinang serta hampir seluruh ibu negeri di Malaysia, mereka tidak memberontak.

Malah pada waktu itu juga tidak berlaku krisis kepimpinan atau perebutan kuasa dalam parti yang didominasi oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.

Selepas DAP menang besar selepas PKR di Selangor terdapat sedikit cerita-cerita tentang penentangan bekas Speaker DUN Selangor Teng Ch'ng Kim yang agak melawan arus kerana tidak berpuashati terhadap Lim Guan Eng yang meguasai pemilihan CEC pada 2012.

Manakala proses kepercayaan dap yang beriltizam untuk menawan putrajaya akhirnya telah mewujudkan sikap tamak dan pemikiran halobaisme menguasai pimpinan parti.

Setelah berjaya menjahanamkan PAS yang akhirnya berpecah dua, kini karma evil mainan pimpinan dap terkena pada mereka sendiri.

Krisis kepimpinan DAP di 3 negeri iaitu Johor , Penang dan yang terbaru Sabah menunjukkan sikap sebenar pimpinan dap yang amat fokus kepada mementingkan jawatan dan bukannya servis pada rakyat.

Terkeluarnya orang kuat DAP selama 20 tahun, Dr Boo Cheng Hau yang merupakan anak Johor menunjukkan sikap haloba kuku besi kit siang dan guan eng untuk melakukan cengkaman lantas mewujudkan kabilah dan fraksi buta tuli taat pada mereka.

DAP johor kini berharap kepada Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong yg merupakan orang luar Johor, pemain import dan pemain muda balaci Kit Siang dalam usaha mengukuhkan kuasa Kit Siang.

Pemilihan Liew Chin Tong sebagai Pengerusi DAP Negeri Johor yg merupakan anak emas Lim Guan Eng adalah untuk membunuh karier politik Dr Boo Cheng Hau yang merupakan musuh Lim Guan Eng.

Pada mesyuarat DAP Penang, sudah secara terbuka seluruh perwakilan anak negeri Penang mahukan Pengerusi Negeri dilayakkan secara automatik menjadi Ketua Menteri..

Masalah besar di sini, Guan Eng bukan pengerusi DAP penang.

Andaikata Guan Eng mahu mengekalkan kerusi Ketua Menteri, maka Guan Eng hendaklah terlebih dahulu bertarung dalam pemilihan negeri untuk justifikasi sokongan lantas mengekalkan jawatan Ketua Menteri.

Rakyat umum mengetahui bahawa jawatan Ketua Menteri yang disandang Guan Eng merupakan hadiah kepintaran beliau 'hijack' insiden di malam kemenangan di sebuah hotel di Penang.

Guan Eng punyai pilihan .

Dia dikenali sebagai pemimpin DAP yang tidak konsisten pendirian dan tiada base tetap. sama seperti bapanya.

Kit Siang melompat dari kerusi Ipoh Timur ke Gelang Patah dan menggambarkan cubaan pindah kawasan ini dilihat untuk meluaskan kuasa DAP. Ini pada permukaan, tetapi sebaliknya Kit Siang berbuat demikian bagi justify move Guan Eng yang ditolak bulat-bulat ahli DAP Melaka dan berpindah ke Penang.

Kini Penang menolak Guan Eng.

Jalan terbaik , Guan Eng samada bertanding jawatan DAP Penang atau sekali lagi berpindah ke Johor.

Guan Eng ditolak DAP Melaka kerana mereka anak beranak telah memalukan anak tempatan bernama Ker Kim Hock. Hasilnya mereka ditendang.

Kit Siang dan Guan Eng tidak mahu krisis insiden sama berulang di Penang. Jika DAP Penang menolak Guan Eng, maka maruah politik dinasti mereka akan teruk tercemar.

Semalam muncul pula krisis kepimpinan DAP di Sabah, pertembungan antara Jimmy dan Stephen, tak lain bergaduh mengenai kedudukan jawatan dalam parti DAP Sabah.

Dengar khabar, DAP Negeri Sembilan pun sudah mula menunjukkan masalah.

Baca Artikel Asal GAP-New di sini

Kongsi Link Anda